_____________________  photo facebook.png  photo twitter.png  photo instragram.png  photo tumblr.png  photo mail.png  photo rss.png_______________________

Monday, January 21, 2013

Point Satu :- Permulaan 'Noktah Kedua'

Ni Ayat Dalam Citer Crow Zero 


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat korang yang baik hati dan budiman. Dalam kesibukan aku selama setahun ni meninggalkan blog aku rase nak kembali menulis dengan link yang baru disebabkan aku dah nak jadikan blog aku yang lama sebagai kenangan aku menceburi bidang penulisan. Aku rasa mesti ada yang mula bertanya kenapa mesti 'Noktah Kedua'?  Noktah Kedua ni aku ambil sempena dengan nama blog aku yang pertama iaitu 'Titik Buta' sebab aku rasa itu sahaja nama yang sesuai dengan blog kedua aku ni.

Dan seperti mana blog aku sebelum ni, Noktah Kedua mungkin mempunyai kelainan kerana mungkin aku akan selitkan dengan gambar yang berkenaan dengan aku dan cerita yang aku tahyul mahyulkan atau rekaan aku seperti mana yang aku idamkan bagi menjadi blog yang lebih seronok untuk aku ataupun korang baca. Dan aku jugak harap kepada yang membaca blog aku ni juga seronok bila membacanya.

Sebenarnya hajat untuk aku buat blog ni memang dah lama tapi disebabkan masa yang terlalu kesuntukan aku perlu melupakan hajat aku seketika sehinggalah hari ini yang aku rasa mungkin aku sudah bersedia untuk menulis semula. Dan aku mengharapkan aku akan dapat menulis lebih baik lagi daripada dahulu sebab bagi aku untuk menulis blog bukan satu benda yang mudah.

Akhir kata dari aku terima kasih kepada kawan-kawan dan semua orang yang memberi dorangan kepada aku untuk aku menulis semula sebab sebelum ini aku rasa followers aku tak banyak tapi tak tau pulak yang membaca nya pulak yang banyak. Terima Kasih semuanya...