_____________________  photo facebook.png  photo twitter.png  photo instragram.png  photo tumblr.png  photo mail.png  photo rss.png_______________________

Tuesday, October 22, 2013

Point Tiga : Kami Tak Silap Cuma Mata Anda

Dalam pukul 5 pagi ni, aku terlintas untuk buat satu entri dalam blog aku. Taktau kenapa aku masih fikirkan dari dulu lagi sejak aku masih kecil. Disebabkan terfikir aku pun cuba untuk menjadi salah seorang daripadanya dan aku rasa mungkin aku boleh menguasainya sedikit demi sedikit.

Ya, benda yang aku nak cakap ni sebenarnya ialah Magic ataupun orang Melayu memanggilnya "Silap Mata". Kenapa? kerana ia memerlukan perhatian semua penontonnya dan meraka akan membuatkan penonton mereka merasakan hairan dan pelik dengan persembahan mereka.

Sekitar umur aku 18 tahun sebenarnya aku mempunyai perasaan dimana jika salah seorang ahli silap mata itu adalah aku tentu seronok. Lalu aku tidak berdiam diri untuk mengetahui bagaimana untuk menjadi salah seorang daripada meereka dengan menonton video mereka berulangkali tanpa jemu dan macam-macam lagi cara sehinggalah aku pergi kesebuah pasar di Ipoh yang dipanggil "Gerbang Malam".

Pada malam tu aku terlihat seorang budak lelaki yang sedang menunjukkan persembahannya didepan khalayak ramai dan aku juga terpaku disini untuk melihat apayang ingin dibuatnya sehinggalah dia membuat aksi dimana salah satu kad yang dipiliih oleh penonton itu terbang sehingga ke kaki aku.

Melihatkan perkara itu berlaku aku pun pergi la untuk melihat dengan lebih dekat lagi dan bertanyakan bagai mana untuk membuatnya dan budak itu mencadangkan aku untuk membeli barangnya dahulu dan barulah dia mengajarkan aku cara untuk membuat trick yang sedemikian.Sebenarnya bukan mudah untuk membuat orang percaya kepada kita tambahan pula kita yang baru belajar.

Bagi aku untuk menjadi seorang Magician perlulah mempunyai kemahiran dan kecekapan tangan yang amat pantas sehinggakan penonton kita tidak mengetahui apakah benda yang kita mahu lakukan. Banyak yag aku pelajari sekarang sehinggakan aku sanggup berhabis duit untuk membeli barang-barang magic. Itu lah yang dikatakan minat yang mendalam ataupun obses.

Aku rasakan hidup sebagai seorang magician ini cuma untuk memberi hiburan kepada orang lain kerana bagi aku magic juga boleh membuatkan seseorang itu gembira atau seronok untuk melihatnya. Aku juga rasa magic ini sebagai satu hobi bagi diri aku kerana ia membuatkan aku tidak bosan walaupun sendirian dibilik.

So kepada para penonton magic terima kasih kerana kamu memberi perhatian kamu semua..