_____________________  photo facebook.png  photo twitter.png  photo instragram.png  photo tumblr.png  photo mail.png  photo rss.png_______________________

Monday, July 7, 2014

Poin Empat : - Langkawi Permata Kedah



Assalamualaikum dan selamat sejahtera kat korang yang masih lagi tengok blog aku ni..
Kali ini Noktah Kedua menbawa kepada kenangan aku semasa pergi bercuti di Langkawi dan aku rasa aku pon malas nak menulis jadi biarlah gambar yang hanya berbicara kata orang..
Sebenarnya memang kitorang dah merancang untuk pergi bercuti tetapi memandangkan kesibukan kerje masing-masing jadi percutian ni ditangguh dan mendapat tarikh yang sesuai..
Sebenarnya ini adalah pertama kali aku menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi dan sebab itu la aku guna kesempatan untuk meneroka bumi Langkawi yang dikatakan Pulau Lagenda..

Pantai Cenang


Kalau cerit pasal Pulau Langkawi semua orang akan teringin nak pergi Island Hoping dimana korang akan pergi melawat pulau-pulau di Langkawi selama 4jam memang aku pon rasa teruja nak pergi sebab macam yang aku katakan pertama kali aku pergi

Island Hoping

Eagle Feeding
Pada yang kaki lumba ni dia Go Kart siap litar lagi di kawasan Cenang.. Benda ni tak termasuk dalam senarai percutian kitorang tapi disebabkan semua nak mencuba benda yang baru so kitorang pon tibai la naik benda ni 

Go Kart
 So pada hari kedua kitorang pergi Panorama Cable Car.. Haa kali ni aku rasa tempat yang ramai orang nak pergi kat Pulau Langkawi sebab Cable Car diantara tarikan pelancong yang ramai datang kat Pulau Langkawi ni..

 Nasihat aku kalau korang nak pergi Cable Car ni korang pergi pukul 5.30pm sebab bile korang waktu macam tu korang boleh nampak matahari terbenam dipuncak Gunung Mat Cincang ni.. Memang cantik la kalau tengok permandangan dari atas puncak ni.. 


Cable Car




Sebenarnya berpatutan juga bercuti sebegini dan aku rasa puas juga kerana dapat bercuti macam ni. Bukan kerana bangga atau riak tetapi bagi aku jauh perjalanan itu luas permandangan dan inilah masanya kita melawat tempat orang, belajar budaya orang, menghormati adat orang dan selain lainnya.. So kalau korang rasa nak datang ke Pulau Langkawi ni tak tunggu lagi sebab aku rasa Pulau Langkawi ni memang seronok kalau nak dijadikan tempat untuk korang relek-relek.. Cau Dulu...