_____________________  photo facebook.png  photo twitter.png  photo instragram.png  photo tumblr.png  photo mail.png  photo rss.png_______________________

Thursday, October 1, 2015

Poin Lima :- Aswad Kahwin

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kat korang semua..

Setelah bertahun juga mengilang aku kembali dengan gambar untuk bercerita yang berkisahkan kahwinnya sahabat lama yang sangat akrab dari kecik.. Aswad Haminuddin ni memang terkenal dengan sifat yang cool dan baik hati orangnya. Jadi disebabkan itu jugalah name dia terbit di blog aku sebagai penambah post di blog ini..

Mase kecik dulu aku dikatakan budak baru juga la kerana baru pindah ke Ipoh setelah bapa aku dapat bertukar tempat kerjanya dari Pahang ke Perak dan kami menetap di Ipoh untuk bermastautin di sini. Jadi dalam satu petang aku dengan abang aku menaiki basikal untuk meronda di taman tu kami terserempak dengan si Aswad ni dan disitulah permulaan persahabatan kami.

Tapi aku tak ceritakan tentang persahabatan aku tapi aku nak ceritakan tentang Aswad yang telah meninggalkan zaman bujangnya pada usia 26 tahun dan kini bergelar suami dan aku nak tunjukkan sekitar majlis perkahwinannya..
















Kepada Aswad dan isteri aku ucapkan selamat pengantin baru, semoga berkekalan hendaknya sehingga ke akhir hayat..