_____________________  photo facebook.png  photo twitter.png  photo instragram.png  photo tumblr.png  photo mail.png  photo rss.png_______________________

Saturday, January 11, 2020

Poin Enam :- Tutup Telinga

Lepak minum dengan satu otai smlm mcm² die mengadu kat aku dan ade juga die tanye ape bende yang aku capai dan antara sebab kenapa aku xpenah dapat ape aku nak dri die tapi die tgok aku still mcm xde pape dan buat xreti..

Jawapan aku senang
" target hidup aku berubah bile aku bangun pagi.. Aku penah tgok satu video katanya jika nak start satu kejayaan try kemas katil lepas kau tido.. Kalau kau xcapai kejayaan kau hari tu sekurang kurangnya kau berjaya kemas katil kau..
Sama jugak dengan apa yang aku nak dari die kadang² rezeki bile kite nak kan sesuatu mudah nak dapat tapi bile xdapat sebenarnye mungkin xde rezeki anggap la ade bende lain ade untuk kite"

Die tanye ape rezeki lain yg hg dapat?
Aku jawap aku ade family kat blakang aku bila aku jatuh dorg angkat aku.. aku ade  kawan² yg menikam dan merawat aku.. aku ade keta moto walaupon xpower macam org lain tapi still ade.. Aku ade keje dapat gaji makan kfc..

Dibalas balik ape kene mengene?
Rezeki tu subjektif, bukan jawab A B C D mcm ko dok dewan peperiksaan, bile kawan ko xde duit ko blanje die makan bukan esok org lain blanje ko makan.. Mungkin ritu ko balik lewat tapi bini ko xmarah tapi siap urut blakang ko pon kire rezeki.. Kot kalau die tgok ko penat keje tetiba ko jumpe kucing comel pon rezeki..

Hidup ni bile buat pekak dengan orang lain ko akan rase hidup ko aman sb ko tumpu pada target ko dan ape yg ko nak dalam hidup.. Ko ade dua tangan dan ko xboleh tutup mulut 10 orang yang cakap pasal diri ko tapi 2 tangan tu cukup untuk tutup 2 telinga.. Bak kata seorang sahabat aku kite hidup bukan atas kata² orang jadi kite sendiri boleh fikir..

Aku tak kata aku hebat dan aku xpernah mintak untuk jadi orang yang lemah.. Cara kita sama sama membesar bukan ada shortcut nak cepat capai kejayaan.. Sedangkan ko belajar pandai pon still kene tanggung hutang bagai, ingat senang.. Tapi kalau baru dengan mulut orang yang katanya setajam mata pedang.. Kenapa ko nak pegi tadah telinga kene pedang tu.. Ko bukan kere yg kene gy masuk dapur rumah org rembat makanan pastu clear port.. Kite manusia kot ade pilihan nak ikut mana² simpang jalan idup.. Kalau sume bende nak ikut sama macam orang ape beza hang dengan orang lain..

Xcakap byak die tros bukak laptop dan bagi ape bende yang aku nak dari die dan blanje chiken chop ngan ABC... Katanya boleh tahan syarahan agama rini.. Tepat kene kat hati

Thursday, October 1, 2015

Poin Lima :- Aswad Kahwin

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kat korang semua..

Setelah bertahun juga mengilang aku kembali dengan gambar untuk bercerita yang berkisahkan kahwinnya sahabat lama yang sangat akrab dari kecik.. Aswad Haminuddin ni memang terkenal dengan sifat yang cool dan baik hati orangnya. Jadi disebabkan itu jugalah name dia terbit di blog aku sebagai penambah post di blog ini..

Mase kecik dulu aku dikatakan budak baru juga la kerana baru pindah ke Ipoh setelah bapa aku dapat bertukar tempat kerjanya dari Pahang ke Perak dan kami menetap di Ipoh untuk bermastautin di sini. Jadi dalam satu petang aku dengan abang aku menaiki basikal untuk meronda di taman tu kami terserempak dengan si Aswad ni dan disitulah permulaan persahabatan kami.

Tapi aku tak ceritakan tentang persahabatan aku tapi aku nak ceritakan tentang Aswad yang telah meninggalkan zaman bujangnya pada usia 26 tahun dan kini bergelar suami dan aku nak tunjukkan sekitar majlis perkahwinannya..
















Kepada Aswad dan isteri aku ucapkan selamat pengantin baru, semoga berkekalan hendaknya sehingga ke akhir hayat..

Monday, July 7, 2014

Poin Empat : - Langkawi Permata Kedah



Assalamualaikum dan selamat sejahtera kat korang yang masih lagi tengok blog aku ni..
Kali ini Noktah Kedua menbawa kepada kenangan aku semasa pergi bercuti di Langkawi dan aku rasa aku pon malas nak menulis jadi biarlah gambar yang hanya berbicara kata orang..
Sebenarnya memang kitorang dah merancang untuk pergi bercuti tetapi memandangkan kesibukan kerje masing-masing jadi percutian ni ditangguh dan mendapat tarikh yang sesuai..
Sebenarnya ini adalah pertama kali aku menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi dan sebab itu la aku guna kesempatan untuk meneroka bumi Langkawi yang dikatakan Pulau Lagenda..

Pantai Cenang


Kalau cerit pasal Pulau Langkawi semua orang akan teringin nak pergi Island Hoping dimana korang akan pergi melawat pulau-pulau di Langkawi selama 4jam memang aku pon rasa teruja nak pergi sebab macam yang aku katakan pertama kali aku pergi

Island Hoping

Eagle Feeding
Pada yang kaki lumba ni dia Go Kart siap litar lagi di kawasan Cenang.. Benda ni tak termasuk dalam senarai percutian kitorang tapi disebabkan semua nak mencuba benda yang baru so kitorang pon tibai la naik benda ni 

Go Kart
 So pada hari kedua kitorang pergi Panorama Cable Car.. Haa kali ni aku rasa tempat yang ramai orang nak pergi kat Pulau Langkawi sebab Cable Car diantara tarikan pelancong yang ramai datang kat Pulau Langkawi ni..

 Nasihat aku kalau korang nak pergi Cable Car ni korang pergi pukul 5.30pm sebab bile korang waktu macam tu korang boleh nampak matahari terbenam dipuncak Gunung Mat Cincang ni.. Memang cantik la kalau tengok permandangan dari atas puncak ni.. 


Cable Car




Sebenarnya berpatutan juga bercuti sebegini dan aku rasa puas juga kerana dapat bercuti macam ni. Bukan kerana bangga atau riak tetapi bagi aku jauh perjalanan itu luas permandangan dan inilah masanya kita melawat tempat orang, belajar budaya orang, menghormati adat orang dan selain lainnya.. So kalau korang rasa nak datang ke Pulau Langkawi ni tak tunggu lagi sebab aku rasa Pulau Langkawi ni memang seronok kalau nak dijadikan tempat untuk korang relek-relek.. Cau Dulu...

Tuesday, October 22, 2013

Point Tiga : Kami Tak Silap Cuma Mata Anda

Dalam pukul 5 pagi ni, aku terlintas untuk buat satu entri dalam blog aku. Taktau kenapa aku masih fikirkan dari dulu lagi sejak aku masih kecil. Disebabkan terfikir aku pun cuba untuk menjadi salah seorang daripadanya dan aku rasa mungkin aku boleh menguasainya sedikit demi sedikit.

Ya, benda yang aku nak cakap ni sebenarnya ialah Magic ataupun orang Melayu memanggilnya "Silap Mata". Kenapa? kerana ia memerlukan perhatian semua penontonnya dan meraka akan membuatkan penonton mereka merasakan hairan dan pelik dengan persembahan mereka.

Sekitar umur aku 18 tahun sebenarnya aku mempunyai perasaan dimana jika salah seorang ahli silap mata itu adalah aku tentu seronok. Lalu aku tidak berdiam diri untuk mengetahui bagaimana untuk menjadi salah seorang daripada meereka dengan menonton video mereka berulangkali tanpa jemu dan macam-macam lagi cara sehinggalah aku pergi kesebuah pasar di Ipoh yang dipanggil "Gerbang Malam".

Pada malam tu aku terlihat seorang budak lelaki yang sedang menunjukkan persembahannya didepan khalayak ramai dan aku juga terpaku disini untuk melihat apayang ingin dibuatnya sehinggalah dia membuat aksi dimana salah satu kad yang dipiliih oleh penonton itu terbang sehingga ke kaki aku.

Melihatkan perkara itu berlaku aku pun pergi la untuk melihat dengan lebih dekat lagi dan bertanyakan bagai mana untuk membuatnya dan budak itu mencadangkan aku untuk membeli barangnya dahulu dan barulah dia mengajarkan aku cara untuk membuat trick yang sedemikian.Sebenarnya bukan mudah untuk membuat orang percaya kepada kita tambahan pula kita yang baru belajar.

Bagi aku untuk menjadi seorang Magician perlulah mempunyai kemahiran dan kecekapan tangan yang amat pantas sehinggakan penonton kita tidak mengetahui apakah benda yang kita mahu lakukan. Banyak yag aku pelajari sekarang sehinggakan aku sanggup berhabis duit untuk membeli barang-barang magic. Itu lah yang dikatakan minat yang mendalam ataupun obses.

Aku rasakan hidup sebagai seorang magician ini cuma untuk memberi hiburan kepada orang lain kerana bagi aku magic juga boleh membuatkan seseorang itu gembira atau seronok untuk melihatnya. Aku juga rasa magic ini sebagai satu hobi bagi diri aku kerana ia membuatkan aku tidak bosan walaupun sendirian dibilik.

So kepada para penonton magic terima kasih kerana kamu memberi perhatian kamu semua..

Wednesday, May 1, 2013

Point Dua - Kita Yang Kebodohan



Kita yang bodoh
Kerana percayekan kata-kata laungan manusia Penipu
Tak sedar disebabkan laungannya
Kita dipermainkan kelak
Kita yang bodoh 
Kerana ikutkan jari telunjuk manusia haprak
Tak sedar kerana mengikutnya
Kita akan ditiggalkannya nanti
Kita yang bodoh
Kerana fanatikkan manusia angkuh
Kerana fanatikkannya 
Kita akan dianak tiri
Kita yang bodoh
Kerana dipermainkan manusia bangsat
Kerana permainannya
Kita seperti binantang

Monday, January 21, 2013

Point Satu :- Permulaan 'Noktah Kedua'

Ni Ayat Dalam Citer Crow Zero 


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat korang yang baik hati dan budiman. Dalam kesibukan aku selama setahun ni meninggalkan blog aku rase nak kembali menulis dengan link yang baru disebabkan aku dah nak jadikan blog aku yang lama sebagai kenangan aku menceburi bidang penulisan. Aku rasa mesti ada yang mula bertanya kenapa mesti 'Noktah Kedua'?  Noktah Kedua ni aku ambil sempena dengan nama blog aku yang pertama iaitu 'Titik Buta' sebab aku rasa itu sahaja nama yang sesuai dengan blog kedua aku ni.

Dan seperti mana blog aku sebelum ni, Noktah Kedua mungkin mempunyai kelainan kerana mungkin aku akan selitkan dengan gambar yang berkenaan dengan aku dan cerita yang aku tahyul mahyulkan atau rekaan aku seperti mana yang aku idamkan bagi menjadi blog yang lebih seronok untuk aku ataupun korang baca. Dan aku jugak harap kepada yang membaca blog aku ni juga seronok bila membacanya.

Sebenarnya hajat untuk aku buat blog ni memang dah lama tapi disebabkan masa yang terlalu kesuntukan aku perlu melupakan hajat aku seketika sehinggalah hari ini yang aku rasa mungkin aku sudah bersedia untuk menulis semula. Dan aku mengharapkan aku akan dapat menulis lebih baik lagi daripada dahulu sebab bagi aku untuk menulis blog bukan satu benda yang mudah.

Akhir kata dari aku terima kasih kepada kawan-kawan dan semua orang yang memberi dorangan kepada aku untuk aku menulis semula sebab sebelum ini aku rasa followers aku tak banyak tapi tak tau pulak yang membaca nya pulak yang banyak. Terima Kasih semuanya...